Wednesday, 25 January 2012

PEsan PADA hATi




Pesan pada Hati..


hati tidak perlu sakit
hanya kerana perit nya tersilap langkah
hati tidak perlu merintih
sedangkan meniti bahagia yang belum pasti entah sampai bila
hati tidak perlu gusar
kerana hati telah punya penawar
hati tidak perlu memandang kelangit
kerna bimbang lupa pada tanah yang dipijak
hati tidak perlu menangis
hanya kerana terhiris takdir yg tertulis
hati tak perlu takut pada bayangan
bimbang seperti anjing dan bayang-bayang
hati tidak perlu melatah
hanya pandang pada mereka yang tidak betah
hati hanya perlu redha sabar tabah 
hati hanya perlu sujud pada penciptaNya
hati hanya perlu taat pada nakhodanya
hati hanya perlu belajar untuk sentiasa tersenyum
hati hanya perlu menjaga hati itu agar tiada calar balar yg melukainya
hati hanya perlu memandang betapa lebih hatinya buat hati yg memerlukan kasihnya
hati hanya perlu menutup hijab dari memandang setiap kelemahannya
hati ini hati yg tertulis hatinya
hati yang hanya perlu mengukir cintanya seikhlas mungkin
hati jangan lupa
Bersyukur itu tiang 'Kebahagiaan'
insyaallah



No comments:

Post a Comment