Wednesday 30 November 2011

zzzzz lalala.....

mengantuk! ayat yg paling sesuai dimasa dan ketika ini..
ini gara-gara tidur lewat malam tadi....
sakit kepale dan hilang fokus...aduh!!

so aku nak cr mood dulu nak memulakan tugas yg tertangguh...zassss!!

nak tau kenape tidur lamabat??

gare-gare hobi lame yg dah bertahun-tahun ditinggalkan..
tapi sekarang dah di aktifkan kembali...
hi hi hi..ape lagi kalau tak NOVEL!
yap dulu-dulu aku pencinta novel..
suka mebaca,suka menulis..
cerpen,syair,pantun,madah pujangga petik jari..
sume blh buat...
waktu tu hati ade-ade cikit 'ayu' la..

lepas 1 peristiwa, aku terus pendamkan & memadamkan dunia hobi tu..
sebab???
tak mau touching-touching..
mahu yg happy saja..
mau gembira saja..
tak mau jiwang-jiwang...
hati pun mula menjadi keras...

ha ha ha...

itu dulu!
sekarang..i'm back..
NOVEL dah jd sahabat semula
cuma..menulis..
agak keras untuk memintal madah-madah melankolik untuk di jadikan tatapan,,,
kalau blh pun..ayat merapu..mcm sekarang ...

'pengalaman mendewasakan'

hu hu hu..
bace punya baca..
tak sedar dah jam 2 pagi...
cari masalah,,hi hi hi..


ini merupakan koleksi pertama selepas 5 tahun tidak membeli novel ..




sinopsis : mengenai kisah perkahwinan atas dasar terpaksa..hingga tumbuh benih-benih cinta..tapi syg mahligai berantakan kerana dendam kesumat ibu mertua..kerana kekasih lama menuntut cinta..kepercayaan hilang lantaran sifat tersalah sangka yg memakan diri..sungguh konflik antara cinta Puteri,kasihnya Iskandar dan sayangnya Khalif.....so nak tau lebih lanjut kene baca la novel ni (^_^)






Monday 21 November 2011

diulit mimpi

tetibe teringat mimpi-mimpi yg hari-hari menyerang tido aku...

penat tau mimpi ni..se macam kejap nye tido..
yang tak best tu bile mimpi yg mendebarkan
mimpi belawan lah..
mimpi kejar orang lah..
bile bangun aku se mcm letih gile..
lagi dahsat..
aku mimpi berlawan dengan Hantu..
aiishhh..memang Hantu btl!.
aku siap leh bace-bace mcm tok bomoh tu..
pastu aku siap lawan-lawan lagi dgn hantu-hantu tu..
mcm dalam cite "Jangan pandang Belakang"

bile berlawan..
siap tangan macam nak buat bebola api tu..
pastu sebut 'Allahu Akbar'
mcm real btllah..
bile tersedar..
macam tekejut pun ade...

sebelum tido..
aku dah bace doa tido..
siap mengucap lagi..
takut kalo esok pg dah tak bernafas..
pas tu siap ambik wuduk..
tapi bab wuduk..
slu le terbatal keh keh keh! (^_^)
abih aku kalo tido berbantalkan lengan suami tercite..
maka batal lah.. hi hi hi!
kalo tak..tak blh tido (upss)

he he he !!!

tak suke la mimpi-mimpi ni
kacau waktu tido aku..
tapi kdg-kdg risau jgk..
slunya apa yg jd kat mimpi aku tu..
ada makna yg nak di sampaikan..
kdg-kdg betul-betul jd..

aku pun tak pasti..
tapi mimpi ni kdg2 berturut2 dtg..

mcm2 lah..
yg pasti dlm mase ni..
dah bermalam-malam aku mimpi hantu..



                             'kalau Hantu kak limah ni ok gak..t pas mimpi aku dok senyum-senyum..
                              sebab dapat belakon sekali ngn JOHAN ekekeke'



hmm..
tapi ada jg yg mengatakan mimpi tu
mainan tido kan..
wallahualam...

Saturday 19 November 2011

tulis & menulis

oh!oh!oh!..

assalammualaikum sume ....

dah berape hari tak dpt menconteng dinding blog ni..

yg pasti aku tahu sesuatu..

miesya x ramai follwers..
tapi ada silent readers...
alhamdulillah...
terima kasih pada yg sudi menjengah kesini ya ..

kehadiran blog ni pun didorong oleh minat & hobi..
tulis menulis conteng mencoteng ohohoh!
i like it..he he he..

kdg-kadang idea mencurah-curah
tapi kekangan masa ..huhuhu..
sgt tidak sempat..

dan yg paling tak best..
mggu ni diserang sakit kepala..
sakitnye kepala ini..
sometimes rasa macam nak pecah..

but sekarang  tgh cuba
satu produk terbaru

'Monavie'..

harap dapat membantu..
kesihatan sgt tak elok lately ni..
bila kesihatan tak baik semua benda tak dpt buat..
keja pun tak dapat buat dgn baik..
mood dah tentunya ke laut ..

hopeflly kesihatan semakin baik..
amin ...

kerana tu lah kan..
wujud istilah..
lebih baik mencegah dari mengubati.

so sayang-sayang semua..
hargai kesihatan anda..
badan sihat
hati senang.. :D

Friday 4 November 2011

lamunan terhenti

fikiran melayang nun jauh disana..
melayang-layang merentasi sempadan masa yg pernah dilalui oleh sekeping hati ini..
ya hati...
hati yag pernah di robek hingga ke akarnya..
hingga kini ia masih terasa..
kerana itu aku membawa diri berhijrah ke bumi Sabah.

'oiiiitttt! hape berangan ni wei" qina memecah kesunyian yg mulai menyuntik ke ngiluan di dasar hati...

'kacau daun betullah minah sorang ni...aku baru nak berangan' aku membalas teguran qina..qina adalah seorang sahabat karib ku yg ku anggap seperti darah daging ku sendiri  tetapi ada sesetengah perkara aku lebih senang utk memerapkan sahaja kedasar hati..biar sakit itu hanya aku yang merasai..

'kau ni dina..termenung sana termenung sini,kau fikir apa? kau sekarang dah tak suka nak kongsi rahsia dengan aku kan..yela..aku tahu siapa la diriku ini' qina menarik muka masam mencuka..

'ala qina ,tak ada apa-apa pun yang aku nak sembunyikan dari kau,luar dalam hati aku ni semua kau tahu..jangan risau..walaupun aku rasa nak ter terkentot pun aku tak rahsia kan dari kau' aku mula mencipta ayat untuk membiarkan rasa sakit itu pergi jauh dari riak wajah ku.

'hahahaha dina kau ni memang selekeh kan,harap muka je ayu,mulut tah ape-ape'qina mula membebel..sakit telinga ni nak mendengar tapi dari dia tahu apa yang bersarang kat hati ni lebih baik aku berpura-pura.

'dina,kau nak ikut aku tak?'

'nak pergi mana qina?'

'cari boyfriend' jawab qina dengan muka tak bersalah

'ala kau ni qina,ajak la aku pergi bercuti ke,pergi shoping ke,tengok wayang ke,seronok sikit.cari boyfriend nak buat apa' aku mula rasa sesuatu yang tidak kena.buat masa dan ketika ini.istilah lelaki bagi ku adalah sesuatu yang sangat tidak menarik.sekarang giliran aku pula  menarik muka masam mencuka

'itu pun nak ambik hati.aku gurau la, hujung minggu ni raya haji kan?kau tak balik kampung kan?

qina menyoal aku seperti seorg inspektor polis.di kolej pun qina memang terkenal dengan perwatakan garangnya,hingga di gelar pensyarah harimau.tetapi jauh didalam sudut hatinya tersembunyi kelembutan.Mungkin kerana kami selesa untuk bersama walau pun kemana sahaja.

'aku tak balik la qina,tiket flight habis,aku terlewat booking,so raya haji kat sini la'

'yes! bagus aku suka,kan aku dah cakap, raya haji tahun ni kita sambut kat sini,sesekali menyambut Aidiladha di tanah perantau seronok tau,kau je yang tak pernah rasa' qina membebel lagi.

'ok qina, ok.finally kau berjaya,so i follow u hehehe' aku berselorah

'good girl' jawab qina yang memang jarang pulang ke tanah semenanjung kecuali jika cuti panjang.qina begitu menghargai masa-masa yang ada bersama-sama anak didiknya untuk memastikan mereka memperolehi PNGK yg terbaik. Berbeza dengan aku yang tidak gemar mencuri masa cuti pelajar-pelajar ku, aku lebih suka untuk menggunakan masa pembelajaran dengan sepenuhnya bagi memberi peluang bagi anak didik ku berehat di waktu cuti semestar.Itulah kami,terlalu banyak perbezaan,tetapi hati kami mampu untuk bersatu.


-kita sambung seterusnya di lain kali :P

Tuesday 1 November 2011

cepat masa berlalu

pejam celik,tidur bgn,makan minum,berak kencing (upss!),
pergi keja,balik keja,& bla bla..
dah bertemu nov'11...
sgt gerun menatap tarikh yg semakin pantas berputar..
oh!masa...begitu pantas hingga tak terasa detik-detik,
hari-hari,musim-musim yg telah dilalui..
hampir kepenamat 2011...
oh!oh!oh!
banyak lg yg belum terlaksana..

dengan tugas yg tinggi ibarat pencakar langit,,haks! (mcm menipu jerk hihi)
masa ini seperti tak terasa...
aku semakin berdebar menanti berakhirnya 2011..
kenape erk??

aku ade tugas yg mesti disiapkan sebelum berakhirnya 2011..

arggh!Risau..
risau risau risau

paling merisaukan bila hati mulai merewang..huhuhu...
dah bertahun buat keje asik nak RUSHING jerk....hmmm...
letih la..tak boleh nak lega sejak 2tahun disini...
tapi itulah yg harus dibayar utk mencari sesuap nasi..
hingga bersuap-suap masuk ke mulut aku ha ha ha!

tapi aku harus kuat...
harus berfikir kearah positif..
harus berfikir menjalankan tugas dengan sepenuh hati...
supaya rezki yang masuk ke mulut ini..adalah rezki yg halal...
dan itulah juga yg dinamakan tanggungjawab....

so setiap pagi tanamkan azam WAJIB berubah!
Wajib menjadi lebih rajin & bermotivasi.
itulah yg dinamakan Tanggungjawab..
dan juga pegangan hidup ku selama ini..
laksanakn sehabis baik biarpun pulangannya tidak setimpal..
laksanakan laksanakan laksanakan
mungkin hari ini bukan rezki kita..
tapi berkat kesabaran..
dimasa hadapan kita akan dapat lebih dr yg sepatutnya..

kenape sampai mcm tu sekali eh perasaan yg wujud ney??
huhuhu...itu adalah kerana...aku mengharapkan sesuatu yg lebih mencabar!
sesuatu yg mampu menambah nilai tambah yg ada dalam diri aku...
maka ..... aku harus menanamkan didalam diri..
bahawa...apa jua yg kita lakukan biarlah dgn ikhlas...


maka maka maka....berfikir lah secara positif....kita NYAH kan yang negative ya sayang-sayang :P