fikiran melayang nun jauh disana..
melayang-layang merentasi sempadan masa yg pernah dilalui oleh sekeping hati ini..
ya hati...
hati yag pernah di robek hingga ke akarnya..
hingga kini ia masih terasa..
kerana itu aku membawa diri berhijrah ke bumi Sabah.
'oiiiitttt! hape berangan ni wei" qina memecah kesunyian yg mulai menyuntik ke ngiluan di dasar hati...
'kacau daun betullah minah sorang ni...aku baru nak berangan' aku membalas teguran qina..qina adalah seorang sahabat karib ku yg ku anggap seperti darah daging ku sendiri tetapi ada sesetengah perkara aku lebih senang utk memerapkan sahaja kedasar hati..biar sakit itu hanya aku yang merasai..
'kau ni dina..termenung sana termenung sini,kau fikir apa? kau sekarang dah tak suka nak kongsi rahsia dengan aku kan..yela..aku tahu siapa la diriku ini' qina menarik muka masam mencuka..
'ala qina ,tak ada apa-apa pun yang aku nak sembunyikan dari kau,luar dalam hati aku ni semua kau tahu..jangan risau..walaupun aku rasa nak ter terkentot pun aku tak rahsia kan dari kau' aku mula mencipta ayat untuk membiarkan rasa sakit itu pergi jauh dari riak wajah ku.
'hahahaha dina kau ni memang selekeh kan,harap muka je ayu,mulut tah ape-ape'qina mula membebel..sakit telinga ni nak mendengar tapi dari dia tahu apa yang bersarang kat hati ni lebih baik aku berpura-pura.
'dina,kau nak ikut aku tak?'
'nak pergi mana qina?'
'cari boyfriend' jawab qina dengan muka tak bersalah
'ala kau ni qina,ajak la aku pergi bercuti ke,pergi shoping ke,tengok wayang ke,seronok sikit.cari boyfriend nak buat apa' aku mula rasa sesuatu yang tidak kena.buat masa dan ketika ini.istilah lelaki bagi ku adalah sesuatu yang sangat tidak menarik.sekarang giliran aku pula menarik muka masam mencuka
'itu pun nak ambik hati.aku gurau la, hujung minggu ni raya haji kan?kau tak balik kampung kan?
qina menyoal aku seperti seorg inspektor polis.di kolej pun qina memang terkenal dengan perwatakan garangnya,hingga di gelar pensyarah harimau.tetapi jauh didalam sudut hatinya tersembunyi kelembutan.Mungkin kerana kami selesa untuk bersama walau pun kemana sahaja.
'aku tak balik la qina,tiket flight habis,aku terlewat booking,so raya haji kat sini la'
'yes! bagus aku suka,kan aku dah cakap, raya haji tahun ni kita sambut kat sini,sesekali menyambut Aidiladha di tanah perantau seronok tau,kau je yang tak pernah rasa' qina membebel lagi.
'ok qina, ok.finally kau berjaya,so i follow u hehehe' aku berselorah
'good girl' jawab qina yang memang jarang pulang ke tanah semenanjung kecuali jika cuti panjang.qina begitu menghargai masa-masa yang ada bersama-sama anak didiknya untuk memastikan mereka memperolehi PNGK yg terbaik. Berbeza dengan aku yang tidak gemar mencuri masa cuti pelajar-pelajar ku, aku lebih suka untuk menggunakan masa pembelajaran dengan sepenuhnya bagi memberi peluang bagi anak didik ku berehat di waktu cuti semestar.Itulah kami,terlalu banyak perbezaan,tetapi hati kami mampu untuk bersatu.
-kita sambung seterusnya di lain kali :P
sweet..
ReplyDeletetq ya :))
ReplyDeletemasih dalam proses mencari idea & pembelajaran :P